Sumbangan dan kesan peninggalan Sayid_Jamaluddin_Asadabadi

Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa setahun di Delhi. Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan pada tahun 1858 Masihi. Beliau menjadi seorang kaunselor Raja Dost Mohammad Khan dan selepas itu Mohammad Azam.

Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil tulisannya yang bernas dan tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam untuk menentang penjajah. Pada tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.

Dia kemudian ke Istanbul. Pada 1870, Afghani diangkat menjadi menjadi Dewan Pendidikan Uthmaniyyah rasmi yang reformis. Kerana ikatannya dengan berbagai ahli pendidikan terkemuka, dia diundang untuk menyampaikan kuliah umum. Namun kuliah umum ini menimbulkan reaksi yang keras dari para ulama, karena dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.

Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negari pada tahun 1879. Semasa beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani dibuang negari, beliau merantau ke beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow, St. Petersburg dan Munich.

Kemudian, pada tahun 1884, Sayid Jamaluddin al-Afghani mula menerbitkan sebuah majalah Arab berjudul al-Urwah al-Wuthqa. Menerusi majalah ini, Sayid Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar Islam, dan bersatu pad. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat Islam ialah:

  • Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah s.w.t.;
  • Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;
  • Memperbetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

  • al-A'mal al-Kamilah
  • ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin
  • Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan
  • al-Khatirat
  • at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan al-Khafiqin.